Wednesday, April 20, 2011

domba Maria dan Yudas

Maria membawa sebuah botol marmar berisi minyak wangi yang sangat mahal (gaji setahun atau 300 keping wang perak) dan menuang ke atas kepala dan kaki Yesus.

Yudas Iskariot berkata, ‘Mengapa minyak wangi dibazirkan?, Jika dijual, wangnya boleh diberikan kepada orang miskin? Yudas berkata demukian bukan kerana dia ambil berat akan orang miskin tetapi dia pencuri dan biasa mengambil wang untuk keperluan dirinya.

Tetapi Yesus berkata, “ Janganlah ganggu wanita ini! Biarlah dia lakukan perkara ini untuk hari penguburan-Ku. Orang miskin sentiasa ada antara kamu, tetapi Aku tidak selalu bersama-sama kamu”

“Ingatlah! Di seluruh dunia, di mana sahaja berita baik dikhabarkan, perbuatan wanita ini akan diceritakan untuk mengenang dia”

Kemudian Yudas Iskariot pergi kepada para ketua imam, mengambil 30 keping wang perak dan mencari peluang baik untuk mengkhianati Yesus.

Maria betul-betul mengasihi Yesus dan sanggup memberikan apa yang paling berharga kepada Yesus. Sebaliknya Yudas sanggup mengkhianati Yesus dengan harga seorang hamba.

Sehingga ke hari ini, semua orang ingat apa yang Yudas lakukan, domba juga mesti ingat apa yang Maria lakukan dan pelajari darinya.

0 comments:

Post a Comment