“Ketahuilah, seorang daripada kamu, yang sekarang ini makan bersama-sama Aku akan mengkhianati Aku”
“Ambillah roti ini dan makanlah; ini tubuhKu.”
“Minumlah, kamu semua. Inilah darahKu yang mengesahkan perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan umatNya; darahKu yang dicurahkan bagi banyak orang supaya dosa mereka diampunkan.
Setelah mereka menyanyikan sebuah nyanyian pujian, mereka pergi ke Bukit Zaitun.
“Duduklah di sini sementara Aku pergi ke sana untuk berdoa.”
Yesus mengajak Petrus dan kedua-dua orang anak Zebedeus pergi bersama denganNya. Dia sangat sedih dan gelisah. Yesus berkata kepada pengikut-pengikutNya, “Hati-Ku sedih sekali sehingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjagalah dengan Aku.”
Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripadaKu! Tetapi janganlah turut kehendakKu, melainkan kehendak Bapa sahaja.” Kerana berat penderitaanNya, Yesus semakin tekun berdoa, sehingga peluhNya seperti darah menitik ke tanah.
Yesus kembali kepada pengikut-pengikutNya dan berkata, “Masihkah kamu tidur dan berehat? Lihatlah, saatnya sudah tiba bagi Anak Manusia diserahkan ke dalam kekuasaan orang berdosa. Bangunlah, marilah kita pergi. Lihatlah, orang yang mengkhianati Aku sudah datang!”
Yudas mengkhianati Anak Manusia dengan ciuman
Yesus ditangkap, dibawa menghadap Hanas, Kayafas dan Majlis Agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment