Tuhan adalah gembalaku;
Jika Tuhan adalah gembalaku, maka aku adalah domba-Nya. Domba tidak tahu menjaga diri-sendiri dan perlu pemerhatian dan penjagaan yang rapi. Domba sebenarnya sangat bodoh, degil dan sering ketakutan. Itulah sebabnya kenapa domba memerlukan gembala yang baik untuk menjaganya. Identifikasi domba dengan gembalanya, adalah cap pada telinga domba. Cap ini bermakna domba merupakan kepunyaan gembalanya seumur hidupnya. Jika aku kepunyaan gembalaku, maka bukan sahaja aku memiliki segala yang diberikannya, tetapi aku juga mesti meninggalkan cara hidupku yang seolah-olah tiada gembala.
aku tidak kekurangan apa-apa.
Seringkali, domba berasa bahawa rumput di seberang sana lebih hijau dan mahu memanjat keluar kandang. Kadang-kadang domba yang lain turut mengikut. Jika aku tidak kekurangan apa-apa, maka aku perlu berasa puas dengan apa yang diberikan oleh gembalaku adalah yang terbaik.
Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijau
Domba susah dibaringkan atau berehat kecuali jika domba bebas dari katakutan akan binatang buas, bebas dari konflik dengan domba lain, bebas dari kelaparan dan bebas dari gangguan lalat atau jangkitan penyakit parasit. Domba amat memerlukan gambalanya kerana domba tidak boleh bergantung kepada dirinya sendiri. Hanya gembala yang dapat membaringkan domba di padang rumput yang hijau bila domba melihat gembalanya bersama.
dan membimbing aku ke air yang tenang. Dia memberi aku kekuatan baru.
Hanya gembala yang tahu di mana adanya air yang tenang dan memimpin dombanya ke air yang tenang. Gembala yang baik perlu menjelajahi dahulu sebelum membawa dombanya.
Dia membimbing aku di jalan yang benar, sebagaimana yang dijanjikan-Nya.
Domba sangat nakal dan degil, domba ada kegemarannya dan seringkali suka makan rumput di tempat yang sama jika gembala membiarkannya. Ini akan mengakibatkan ketidaksuburan tanah dan rumput tidak segar kerana akar rumput dimusnahkan. Apabila ini terjadi, kawasan dan domba dijangkiti parasit. Gembala yang baik perlu memimpin domba ke kawasan yang berbeza seminggu sekali, supaya kesuburan dikekalkan dan domba todak dijangkiti parasit.
Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita, aku tidak akan takut, ya Tuhan, kerana Engkau menyertai aku.
Gembala yang efisien akan membawa dombanya ke tempat yang jauh di atas bukit, pada musim panas. Pada masa inilah hanya gembala dengan dombanya sahaja. Domba perlu dipimpin melalui lereang-lereng bukit (tempat yang bukan kebiasaan domba), untuk naik ke atas bukit. Perjalanan ini penuh dengan minuman yang segar bagi domba, walaupun sukar perjalanannya.
Engkau melindungi aku dengan tongkat dan gada-Mu.
Tongkat dan gada gembala digunakan untuk memimpin dombanya dan juga menentang binatang buas yang datang menyerang dombanya.
Engkau menyediakan jamuan untukku, di hadapan semua musuhku;
Gembala perlu memetik tumbuhan yang beracun sebelum memimpin dombanya untuk menjamu. Gembala sudah tahu apa yang akan berlaku kepada dombanya jika dipimpin ke bukit ini kerana gembala sudah datang ke sini sebelum memimpin dombanya ke sini.
Engkau meletakkan minyak dikepalaku dan cawanku dipenuhi hingga melimpah.
Minyak disapu di atas kepala domba untuk melindunginya daripada kena jangkitan penyakit. Pada musim panas, lalat akan datang dan hinggap di hidung domba, menyebabkan parasit tumbuh. Bebas dari gangguan dan itulah sebabnya cawanku dipenuhi hingga melimpah.
Kebaikan dan kasih mengikutiku seumur hidupku;
rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku.
Bila domba balik ke rumahnya, domba tahu kebaikan dan kasih gembalanya akan kekal bersamanya. Domba mahu gembalanya sentiasa berada di sisi domba.
-alkitab berita baik: Mazmur 23
-A Shepherd looks at Psalm 23 by W.Phillip Keller